Hatiku milikNya

 Kadang bukan lisan orang yang meluka hati

Sedar lisan tidak punya tulang untuk menjaga

Hati sentiasa perlu jauh dari prasangka

Kerana hati milik Allah yang menjaga

Tingkah mereka tidak pernah menyakiti 

Cuma diusia ini mudah terluka

Ada janji yang belum tertunai 

Bukan kerana belum masanya lagi

Tapi banyak tangan-tangan yang menghalang

Bahasaku bukan ukuran seseorang 

menilai peribadi lalu membuat kesimpulan 

Sedar diri ini juga tidak sempurna

Cuma beri masa untuk  berfikir 

Sejauhmana perlu diri berubah

Jika insan sekeliling sudah buat keputusan

Menghukum tanpa peluang diberi 

Membela diri memberi bukti

Terpalit hukuman atas kesalahan 

Yang belum terbukti keesahan kebenaran

Insyaallah kemaafan sudah lama kuberikan

Sedar mereka insan yang punya kekurangan

Siapa aku untuk turut memberikan hukuman

Hati yang terluka ada penawarnya

Allah lebih tahu isi hati milikku

Kerana hati ku milik Nya

Milik pencipta yang maha agung

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENDEKATAN GOLONGAN ORIENTALIS

AISYAH NUR RAISHA BIDADARI CILIK IBU

SAAD ABI WAQAS