Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2020

Hatiku milikNya

 Kadang bukan lisan orang yang meluka hati Sedar lisan tidak punya tulang untuk menjaga Hati sentiasa perlu jauh dari prasangka Kerana hati milik Allah yang menjaga Tingkah mereka tidak pernah menyakiti  Cuma diusia ini mudah terluka Ada janji yang belum tertunai  Bukan kerana belum masanya lagi Tapi banyak tangan-tangan yang menghalang Bahasaku bukan ukuran seseorang  menilai peribadi lalu membuat kesimpulan  Sedar diri ini juga tidak sempurna Cuma beri masa untuk  berfikir  Sejauhmana perlu diri berubah Jika insan sekeliling sudah buat keputusan Menghukum tanpa peluang diberi  Membela diri memberi bukti Terpalit hukuman atas kesalahan  Yang belum terbukti keesahan kebenaran Insyaallah kemaafan sudah lama kuberikan Sedar mereka insan yang punya kekurangan Siapa aku untuk turut memberikan hukuman Hati yang terluka ada penawarnya Allah lebih tahu isi hati milikku Kerana hati ku milik Nya Milik pencipta yang maha agung