SAAD ABI WAQAS
Sa'ad ibn Abi Waqqas ( Bahasa Arab : سعد بن أبي وقاص ) Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Beliau ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam Beliau berpangkat datuk saudara kepada ibu Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan bapa saudara kepada ibu bagaida Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah . Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun. Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”. Sa'ad juga pern