SAAD ABI WAQAS

Sa'ad ibn Abi Waqqas (Bahasa Arab: سعد بن أبي وقاص) Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Beliau ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam Beliau berpangkat datuk saudara kepada ibu Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan bapa saudara kepada ibu bagaida Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah. Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat.

Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun. Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”.

Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk tidak mahu makan jikalau beliau tidak mahu menjadi kafir semula, namun Sa'ad tetap teguh denganaqidahnya dgn menjawab "Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni , aku tetap dengan agamaku ini"
Malangnya, keislaman Saad tidak menggembirakan ibunya. Bahkan ibunya menjadi begitu marah dengan Saad sehingga berkata:
“Wahai Saad! Agama apa yang kau anuti ini sehingga kau sanggup tinggalkan agama ibu dan bapamu?! Aku bersumpah kalau kau tidak meninggalkan agama itu, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati! Biar kau rasa bersalah seumur hidupmu. Biar kau menyesal. Biar orang mencerca perbuatanmu selama-lamanya”
“Jangan begitu ibu. Aku tidak akan meninggalkan agama ini walau apapun..” Rayu si anak kesedihan.
Tetapi ibunya tetap dengan sumpahnya. Dia langsung tidak makan dan minum sehingga lemah tubuh badannya dan kurus kering badannya.
Saad pula tidak jemu pergi kepada ibunya menyediakan makanan. Beliau terus merayu dan berusaha memujuk si ibu menjamah sedikit makanan atau minuman. Beliau sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai anak walaupun si ibu berkeras dengan kekufuran dan membenci perbuatannya.
Akhirnya satu hari Saad berkata pada ibunya:
“Wahai Ibu. Sungguh aku kasih padamu, dan aku juga kasih pada Allah dan Rasul. Ketahuilah, sekalipun tuhan memberikan kamu 1000 nyawa, dan nyawa itu melayang satu demi satu, aku tetap tidak akan berganjak dari agamaku..”
Setelah melihat ketegasan Saad, si ibu akur dan mengalah. Akhirnya dia menjamah juga makanan dan minuman yang disediakan.
Ketika itu turunlah ayat Allah SWT:
Dan jika mereka berdua (ibubapa) mendesakmu supaya mempersekutukanKu sesuatu yang engkau tidak mengetahui (ada selainKu), maka janganlah engkau taat kepada mereka; dalam masa yang sama dampingilah mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutilah jalan orang-orang yang kembali kepadaKu. Kepada Aku tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
[Luqman:12]
Semasa umat Islam masih ditindas di Makkah pada awal penyebaran Islam, Sa'ad pernah membelasah dan mencederakan seorang musyrikin, menjadi orang pertama menumpahkan darah dalam sejarah Islam.

Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat busur dan anak panah. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah. Antara Kelebihan Sa’ad Abi Waqas doanya Makbul dan Apabila Memanah Tepat Mengenai Sasaran. Ini Kerana Nabi Muhamad Saw Pernah Mendoakannya.

“Ya Allah, jadikanlah sasaran panahnya tepat dan makbulkan doanya.”

Dalam perang Uhud, ketika Rasulullah diserang oleh tentera musyrikin, beliau salah seorang yang melindungi baginda SAW. Beliau menggunakan panahnya menembak musuh-musuh yang cuba mara. Tidak akan satupun dari tembakannya yang tersasar. Semuanya tepat.
Semasa Perang Badar Sa’ad Abi Waqas bertempur dengan gagah berani. Begitu juga dalam Perang Uhud beliau antara sahabat yang sentiasa berada di sisi Rasulullah serta melindunginya.

“Panahlah wahai Sa’ad, ibubapaku jadi jaminannya,” kata Rasulullah sambil menghulurklan anak-anak panah kepada Sa’ad Abi Waqas.

Sa'ad Abi Waqas juga mendapat gelaran “Singa yang menyembunyikan kukunya.”Kerana itu beliau diberi tanggung jawab oleh khalifah Umar al Khattab memimpin 30 ribu tentera Islam bagi membantu pasukan yang sedang bertempur dengan tentera Parsi.
Sa`d terkenal kerana peranannya dalam penaklukan Empayar Parsi  Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.

Pasukan tentera Islam yang dipinpin Sa’ad Abi Waqas akhirnya bertempur dengan tentera Parsi dalam Perang Al Qadisiyah. Akhirnya tentera Parsi mengaku kalah setelah ketua mereka Rustam terbunuh. Kekalahan dalam Perang Al Qadisiyah menyebabkan maharaja Parsi mengerahkan seluruh kekuatan tentera bagi menghadapi tentera Islam. Kedua pasukan bertemu di Iraq dan mereka dipisahkan sungai Tigris. Sa’ad Abi Waqas pun memohon doa kemudian menyuruh tenteranya membaca Hasbunallah wa ni’mal wakil yang ertinya “cukuplah bagi kita Allah dan Dia sebaik pemimpin” lalu memerintahkan tenteranya menyeberang sungai Tigris. Dengan izin Allah, mereka meredah air sungai itu bagaikan berjalan di atas daratan sehinga ke semua tentera Islam berjaya menyeberangi dengan selamat. Melihat keajaipan yang luar biasa itu menyebabkan tentera Parsi lari bertempiaran.

Sa’ad Abi Waqas dilantik menjadi ganenor Kufah. Apabila timbul fitnah terhadapnya maka Khalifah Umar al Khattab menggantikannya dengan orang lain. Namun kepercayaan khalifah Umar terhadap Sa’ad Abi Waqas tidak berubah sehingga mahu melantiknya menjadi penggantinya sebagai khalifah tetapi ditolak oleh Sa’ad Abi Waqas. Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.
Sebelum meninggal dunia Khalifah Umar berkata. “Aku bersetuju jika Sa’ad yang dipilih oleh majlis syura menjadi khalifah. Jika orang lain maka aku berpesan supaya khalifah selepas aku melantik Sa’ad untuk satu jawatan. Sesungguhnya aku memecat dia sebagai gabenor Kufah bukan kerana dia lalai atau kianat.”

Apabila majlis syura bersidang Sa’ad Abi Waqas menarik diri dari pencalunan sebagai khalifah. Saidina Uthman melantik Sa’ad Abi Waqas sebagai gabenor Kufah. Sekali lagi beliau difitnah sehingga beliau berdoa.

“Ya Allah, jika orang yang menfitnahku itu kerana riyak, dusta dan ingin mendapat nama maka butakanlah matanya dan biarkanlah dia menerima balasan fitnah.”

Doa Sa’ad Abi waqas dimakbulkan Tuhan. Orang yang menfitnah itu matanya menjadi buta.

Apabila berlaku perbalahan antara pengikut Saidina Ali dengan Muawiyah maka Sa’ad Abi Waqas bersikap berkecuali dengan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Ketika Khalifah Muawiyah berkuasa beliau mahu melantik Sa’ad Abi Waqas menjadi ketua panglimanya tetapi dengan tegas menolaknya dengan berkata.

“Apabila aku menghunus pedang jika dipukulkan kepada orang mukmin maka pedangku tidak melukai mereka tetapi jika dipukulkan kepada musuh Allah mereka akan terpotong.”

Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah SAW. Saad dijamin Syurga.
Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat, tiba-tiba beliau menatap ke ufuk dan berkata, “Seorang penghuni surga akan muncul.” Ketika para sahabat mencari di sekeliling siapa yang dimaksud Nabi, tiba-tiba Sa’ad muncul. Abdullah bin Amr,menanyakan “rahsia” sehingga mendapat jaminan surga. Sa’ad mengatakan, “Ibadah yang aku kerjakan juga dikerjakan yang lain, kecuali aku tidak pernah menaruh dendam atau berniat jahat terhadap kaum muslimin.”

Saad juga merupakan salah satu sahabat yang dikurniakan kekayaan yang banyak dan digunakannya untuk kepentingan dakwah. Ia juga dikenal kerana keberaniannya dan dermawannya. Beliau kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya, beliau meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55 H dalam usia 80 tahun. Sa'ad Abi Waqas lelaki Muhajirin yang terakhir meninggal dunia dan beliau berpesan.

“Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa Perang Badar. Aku sengaja menyimpannya untuk keperluan tersebut.”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENDEKATAN GOLONGAN ORIENTALIS

hubungan syariah dengan konsep tauhid