hubungan syariah dengan konsep tauhid


1.0    PENDAHULUAN

Penulisan ini akan membincangkan tentang hubungan syariah dengan  konsep tauhid dan  kepentingannya dalam kehidupan manusia. Selain itu penulisan ini juga akan menyentuh tentang aspek syariah itu sendiri yang bersifat syumul dan ianya mampu   menyelesaikan permasalahan sosial yang melanda di kalangan  umat Islam . Seperti mana dalil menunjukkan kesyumulan Islam sebagai agama yang mampu menyelesaikan dan mengimbangi kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah Taala dalam surah Al Maa’idah  ayat 3 :

tPöquø9$# àMù=yJø.r& öNä3s9 öNä3oYƒÏŠ àMôJoÿøCr&ur öNä3øn=tæ ÓÉLyJ÷èÏR àMŠÅÊuur ãNä3s9 zN»n=óM}$#    $YYƒÏŠ 4

“ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan  nikmat Ku  kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.”

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Islam itu sendiri yang di dalamnya terkandung pelbagai hikmah dan pengajaran   yang bertunjangkan Al Quran dan As Sunah . Di dalam penulisan ini akan dihuraikan hubungan syariah dan tauhid serta kesyumulan  syariah dan kepentingan tauhid  dalam  pelaksanaan syariah dalam kehidupan. Penulisan ini juga amat bertepatan dengan pelbagai permasalahan masa kini dengan paparan dan  juga pendedahan  isu semasa tentang  permasalahan sosial yang melanda masyarakat masa kini. Justeru itu,  hanya syariah  dan ketauhidan yang jitu  mampu membentengi  semua permasalahan berikut. Gabungan tauhid dan syariah  dilihat mampu untuk menyelesaikan  pelbagai  permasalahan sosial di kalangan umat Islam di Malaysia masa kini. Konsep   syariah yang syumul sangat-sangat berhubung  rapat  dengan  rasa keimanan  dan  tauhid  yang perlu ditanam dalam diri setiap umat Islam  agar mampu menghadapi apa juga cabaran yang datang.  Sewajarnya syariah dipatuhi agar segala masalah yang berlaku yang melibatkan permasalahan akidah, akhlak dan  ketauhidan  mampu diselesaikan dengan   mudah.  Syariat  Islam  merupakan aturan atau  hukum yang ditetapkan Allah untuk kemaslahatan  umat  manusia.  Apa sahaja tindakan yang berasaskan tauhid serta mematuhi garis panduan syariat Allah merupakan kaedah-kaedah mengaplikasikan tauhid dalam kehidupan. 
2.0    KONSEP SYARIAH

Menurut Wiki Islam , Syariah bermaksud adalah agama, iaitu apa-apa yang Allah tetapkan untuk hamba-hamba-Nya dan  mengutus utusan dengan  kitab-kitab untuk menyampaikannya dan  untuk menunjukkan manusia kepada kebaikan akhlak, muamalah dan dalam hubungan dengan sang Pencipta.  Dengan makna ini, syariah bermakna agama secara menyeluruh yang mencakupi dasar dan bahagian-bahagiannya.  Syariah juga bererti  hukum-hukum amaliyah
( fiqih ), didalamnya termasuklah  ibadah.  Hukum Syariah dibahagikan kepada tiga iaitu hukum Syariah I’tiqadiyah ( Tauhid ), Hukum Syariah Akhlaqiah ( Tahdzib ), dan Hukum Syariah Amaliyah ( Fiqih ). Syariah mencakupi  seluruh aktiviti yang dilakukan oleh seorang  Muslim dengan aturan halal dan haram, baik dan buruk, semua perbuatan dan malan manusia bertumpu kepada kekuatan iman dan akhlak yang bersumber pada Al Quran dan Al Hadis sepertimana dalil Perintah Menjalankan Syariah:

"Kemudian Kami jadikan kamu (ya Muhammad) berada di atas suatu Syariat(peraturan) dari urusan (agama), maka ikutilah syariat itu dan jangan kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak berilmu."(Q.S. 45.18)
Syariah memberikan kepastian hukum yang penting bagi  pengembangan diri manusia dan pembentukan dan pengembangan masyarakat yang berperadaban (masyarakat madani).
Manakala menurut Wan Mukhtar Wan Muda. ( 2010 ), Syariah dari sudut bahasa ialah mencipta, menunjuk,  menjelaskan  , menerangkan jalan-jalan. Manakala syariah dari segi istilah pula ialah apa yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia, merangkumi pelbagai hukum serta undang-undang.  Syariah ialah segala peraturan dan hukum yang diciptakan Allah untuk hambanya sama ada berbentuk suruhan mahupun larangan. Syariah ini meliputi perundangan  yang terkandung dalam Al Quran dan As Sunah yang disampaikan oleh pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang berkaitan dengan akidah , akhlak,  ibadah dan muamalat dan semua ini memerlukan tahap keimanan yang tinggi  iaitu kepercayaan kepada rukun Iman yang terkandung dalam ilmu tauhid


3.0    HUBUNGAN SYARIAH DENGAN KONSEP TAUHID

Untuk mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah Islam telah melengkapkan dengan syariah untuk memberi panduan dan semua hal  yang berkaitan dengan pelaksanaan syariah berkaitan dengan tauhid. Ini kerana sifat tabii manusia yang gemar melaksanakan sesuatu apabila dia yakin dengan apa yang ingin dilakukannya. Justeru itu  kekuatan  tauhid dan kesyumulan  syariah jika di seiring kan pasti akan makin kuat keimanan seseorang itu.  Ibarat isi dan kuku yang saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Perkaitan antara keduanya dapat digarap kan  dengan adanya Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Uluhiyyah. Tauhid  ialah  satu bentuk keyakinan (keimanan) bahawa Allah itu satu. Mentauhidkan Allah bererti  tidak menyekutukan nya dengan sesuatu. Untuk mengukuhkan Syariah Islam perkara asas yang perlu ada ialah tauhid yang menjadi kekuatan akidah seseorang. Antara konsep tauhid ialah Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah. 
 

3.1     Tauhid Rububiyah

Tauhid Rububiyyah bermaksud beriktikad bahawa Allah SWT itu bersifat Esa, pencipta, Pemelihara dan Tuan sekalian Alam. Berikrar dan mengakui akan Rububiyyah adalah suatu perkara yang diterima. Hakikat ini ada pada setiap fitrah manusia. Walaupun di kalangan orang kafir mereka tetap mengakui Rububiyyah Allah SWT. Ini jelas seperti mana Firman Allah dalam Surah Az-Zukhruf : 87:

ûÈõs9ur NßgtFø9r'y ô`¨B öNßgs)n=yz £`ä9qà)us9 ª!$# ( 4¯Tr'sù tbqä3sù÷sムÇÑÐÈ  

“Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah Yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakan Nya)?




Tauhid  Rububiyah  berperanan  untuk  menegaskan  dan  beriktikad  bahawa Allah  adalah 
” Rab ” atau Tuhan bagi segala sesuatu dan tidak ada Tuhan selain-Nya. Tauhid Rububiyah ialah pengakuan bahawa Allah sahaja yang mampu menghidupkan, mematikan, memberi manfaat dan mudarat, memperkenankan segala yang dipinta sepertiman afirman Allah dalam surah Al- A’raf : 54


žcÎ) ãNä3­/u ª!$# Ï%©!$# t,n=y{ ÏNºuq»yJ¡¡9$# uÚöF{$#ur Îû Ïp­GÅ 5Q$­ƒr& §NèO 3uqtGó$# n?tã ĸóyêø9$# ÓÅ´øóムŸ@ø©9$# u$pk¨]9$# ¼çmç7è=ôÜtƒ $ZWÏWym }§ôJ¤±9$#ur tyJs)ø9$#ur tPqàfZ9$#ur ¤Nºt¤|¡ãB ÿ¾Ín͐öDr'Î/ 3 Ÿwr& ã&s! ß,ù=sƒø:$# âöDF{$#ur 3 x8u$t6s? ª!$# >u tûüÏHs>»yèø9$# ÇÎÍÈ  

”Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam”.


Di dalam tauhid Rububiyah terkandung konsep berikut:
v  Allah adalah pencipta, pemilik dan pentadbir sekalian  alam.
v  Allah berkuasa untuk memberikan sesuatu mengikut kehendak-Nya
v  Kekuasaan-Nya meliputi seluruh langit dan bumi.










3.2    Tauhid Uluhiyah

Tauhid  Uluhiyyah  ialah  beriktikad  bahawa Allah adalah Tuhan yang sebenar dan tidak ada Tuhan lain selain daripada-Nya. Tauhid ini berasaskan keikhlasan kepada-Nya pada zahir dan batin dalam melaksanakan segala ibadah  dan kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan.  Di dalam tauhid ini juga terkandung tauhid Rububiyah  dan tauhid Asa’ Wa Sifat.  Allah mengutus kan  para Rasul untuk menyeru manusia menerima Tauhid Uluhiyyah iaitu mengesakan Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Dalam tauhid Uluhiyah terkandung dua kalimah syahadah dan melalui kalimah syahadah ini kita mengakui ketauhidan Allah dan  Rasulnya sepertimana firman Allah dalam surah Al – Anbiya’ :  25

!$tBur $uZù=yör& `ÏB šÎ=ö6s% `ÏB @Aqߧ žwÎ) ûÓÇrqçR Ïmøs9Î) ¼çm¯Rr& Iw tm»s9Î) HwÎ) O$tRr& Èbrßç7ôã$$sù ÇËÎÈ  
” Dan Kami tidak mengutus sebelummu (Wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, Beribadatlah kamu kepadaku".

Ayat di atas jelas menunjukkan betapa Allah sangat-sangat menyuruh hambanya beriman kepada Allah dengan keimanan yang mutlak. Melaksanakan suruhannya bermakna melaksanakan  syariah Allah. Melaksanakan Syariah Allah   melengkapkan  konsep  tauhid kepada Allah itu sendiri.  Menurut Wan Mukhtar Wan Muda. ( 2010 ),  menjelaskan Tauhid Uluhiyyah ialah mengesakan Allah dalam ibadah dan ketaatan. Melakukan segala perintah Allah dalam semua   aspek  kehidupan.  Menyembah dan melakukan ibadah kepada Allah dapat dilaksanakan dengan penuh rasa keimanan yang tinggi wujud hasil dari rasa cinta dan keyakinan iman yang tinggi kepada Allah dan melaksanakan perintah Allah dengan merendahkan diri dan mengharapkan sesuatu dan memohon pertolongan hanya kepada Allah semata-mata.

 Seperti mana firman Allah dalam surah Taha : 14
ûÓÍ_¯RÎ) $tRr& ª!$# Iw tm»s9Î) HwÎ) O$tRr& ÎTôç6ôã$$sù ÉOÏ%r&ur no4qn=¢Á9$# ü̍ò2Ï%Î! ÇÊÍÈ  

"Sesungguhnya Akulah  Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, Sembahlah akan daku, dan dirikan lah sembahyang untuk mengingati daku”

Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta menyerah sesuatu hanya kepada Allah, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredai Allah.  Keseluruhan   ajaran Islam  berasaskan tauhid dan keseluruhan kandungan A l-Quran meliputi segala aspek tauhid. Kandungan ayat-ayat al-Quran meliputi pengkhabaran tentang Allah, sifat Allah, kejadian   Allah, perbuatan Allah dan  pentadbiran  Allah.  Al- Quran   membincangkan tentang al-amr   (perintah) dan anbia  Allah (nabi-nabi Allah) kerana kedua-duanya ada kaitan dengan penciptaan dan kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya.  Al-Quran   menerangkan segala bentuk balasan  baik (pahala) untuk mereka yang mentaati Allah, Rasul dan syariat Nya. Semua ini untuk mengajak   mereka   menegakkan Tauhid al-Uluhiyyah dan Tauhid   al-Rububiyyah.  Al-Quran   menerangkan   segala bentuk balasan seksa (dosa) untuk mereka yang tidak mematuhi syariat-Nya. Semua   ini  untuk menjelaskan bahawa manusia perlu kembali kepada dasar tauhid dan ibadah  kepada Allah.  Oleh itu  tauhid adalah inti pati atau asas Islam. Daripada   tauhid  terpancar segala sistem, perintah, hukum dan peraturan. Semua  ibadat dan hukum dalam Islam bertujuan untuk menambah, memahirkan, menguatkan dan mengukuhkan lagi tauhid di dalam hati orang-orang mukmin.






4.0   KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN
Undang - undang syariah bukan saja mampu untuk menghukum pesalah tetapi juga berperanan mendidik serta memberi pelajaran kepada masyarakat supaya menghindari perbuatan yang dimurkai Allah. Memetik kata-kata Zaid  Kamaruddin  ketika Seminar Menangani Isu Islam  (SeMI)  2010 dalam  ucapannya bertajuk  'Gejala Sosial: Syariah  Jalan  Penyelesaian'  anjuran Pertubuhan  Jamaah  Islah Malaysia (JIM) mengatakan bahawa gejala sosial berpunca daripada ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam itu sendiri. Bahkan,  tambah beliau, kemelut yang berlaku kepada  umat manusia termasuk kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini adalah disebabkan manusia tidak mahu mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah kehidupan mereka, dan mereka pula tidak bersedia mengakui kegagalan tersebut.

4.1     Mendidik dan Menjaga kemaslahatan manusia
Syariah diturunkan Allah merupakan satu kaedah Allah mendidik manusia dalam menghadapi pelbagai ujian dan cabaran kehidupan. Kehidupan di dunia ini yang penuh dugaan ini pasti akan menguji dan membezakan tahap keimanan kepada Allah. Amal ibadah. Syariat dan pelbagai lagi memainkan peranan untuk mendidik manusia secara tidak langsung agar mampu menjadi anggota masyarakat yang berguna dan mampu memeberikan sumbangan dalam keluarga. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kahfi : 7

$¯RÎ) $oYù=yèy_ $tB n?tã ÇÚöF{$# ZpoYƒÎ $ol°; óOèduqè=ö7oYÏ9 öNåkšr& ß`|¡ômr& WxyJtã ÇÐÈ  
“ Sesungguhnya Kami telah jadikan apa Yang ada di muka bumi sebagai perhiasan bagi Nya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya Yang lebih baik amal nya”

Syariah Islam  juga turut bertujuan untuk  menjaga kemaslahatan umat manusia. Selain  itu ia juga adalah untuk menegakkan keadilan di antara manusia, serta menyelamatkan mereka dari terlibat dalam hal-hal yang bersifat kejam dan  merosakkan.  Oleh kerana itu, jika kita teguh dan beriltizam melaksanakan ajaran Islam akan terpeliharalah keharmonian insan dan alam di mana dia hidup di dalamnya.
Syariah Islam diturunkan untuk menjaga kemaslahatan umat manusia. Sekiranya kita berpegang teguh dengan dan beriktikad dalam melaksanakan segala suruhan Islam  maka akan terpeliharalah keharmonian kehidupan dan terselamat biar di mana juga berada.

4.2    Memelihara lima asas syariah

Memelihara lima asas dalam syariah yang kita kenali sebagai maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Menghayati dan memelihara lima perkara ini akan dapat mendisiplinkan diri terhadap Allah dan segala perintah dan segala tegahan nya dan mampu menjaga hubungan dalam masyarakat. Di samping itu maqasid syariah juga mampu membendung  masyarakat dari melakukan jenayah dengan adanya undang-undang Islam seperti hudud, qisas dan takzir.  Mematuhi  syariah Islam  mampu membawa manusia ke jalan kebenaran. Seruan kebenaran ini amat  sesuai untuk mengembangkan fitrah asal manusia serta membimbing ke arah kebenaran. Seperti mana firman Allah dalam surah An- Nisaa’; 165

Wxß tûïÎŽÅe³t6B tûïÍÉYãBur žxy¥Ï9 tbqä3tƒ Ĩ$¨Z=Ï9 n?tã «!$# 8p¤fãm y÷èt/ È@ߍ9$# 4 tb%x.ur ª!$# #¹ƒÍtã $VJŠÅ3ym ÇÊÏÎÈ  
“ Rasul-rasul (yang Kami telah utus kan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang Yang beriman), dan pembawa amaran (kepada orang-orang Yang kafir dan Yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutus kan Rasul-Rasul itu. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Syariah yang diwahyukan Allah melalui Rasul  mengajak manusia agar mentauhidkan Allah dan menghindarkan diri dari terjebak melakukan kerosakan pada diri sendiri, masyarakat, negara mahupun pada maruah agama Islam itu sendiri.  Syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad  yang menunjukkan kaedah hubungan manusia kepada Tuhannya serta mengatur manusia agar mengesakan penciptanya dengan menyembah Allah semata-mata dan tidak mensyirikkan-Nya dengan apa juga seperti mana firman Allah dalam surah Al- Dzariyaat : 56
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ
  yang bermaksud  “ Dan (ingatlah) Aku tidakmenciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku”
4.3    Membimbing manusia ke arah kebenaran

Syariah yang diwahyukan Allah melalui Rasul-Rasulnya mengajak manusia agar mentauhidkan Allah dan membimbing manusia ke arah kebenaran. Berita gembira tentang balasan melakukan kebaikan mematuhi syariat Allah akan menguatkan lagi  iltizam untuk melaksanakan perintah Allah dan menjauhi perkara-perkara yang akan merosakkan akidah. Sepertimana firman Allah dalam surah Al- An’aam : 153:

¨br&ur #x»yd ÏÛºuŽÅÀ $VJŠÉ)tGó¡ãB çnqãèÎ7¨?$$sù ( Ÿwur (#qãèÎ7­Fs? Ÿ@ç6¡9$# s-§xÿtGsù öNä3Î/ `tã ¾Ï&Î#Î7y 4 öNä3Ï9ºsŒ Nä38¢¹ur ¾ÏmÎ/ öNà6¯=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÎÌÈ  
“ Dan Bahawa Sesungguhnya Inilah  jalan Ku (ugama Islam) Yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa

Syariah Islam juga memperkukuhkan kelemahan sistem perundangan manusia kerana sistem perundangan yang ada dalam syariah itu bersifat syumul dan lengkap. Justeru memilih perundangan manusia dan mengetepikan syariah  akan menyebabkan berlaku pelbagai perkara yang di luar tabii manusia itu sendiri. Mengetepikan hukum syariah pasti akan mengundang bencana kepada diri manusia itu sendiri. Dalam surah Al Maidah ayat 44, 45 dan 47 jelas menerangkan kiasan mereka yang menolak hukum syariah Allah. Seperti mana firman Allah dalam surah Al Maidah : 44
`tBur óO©9 Oä3øts !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÍÍÈ  
Yang tidak menghukum Dengan apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.







5.0    PERANAN SIFAT SYUMUL SYARIAH

Menurut Zaid Kamaruddin dalam ucapannya ketika Seminar berjudul 'Gejala Sosial: Syariah Jalan Penyelesaian', Zaid mengatakan bahawa gejala sosial berpunca daripada ceteknya ilmu dan kurangnya pengamalan Islam itu sendiri. Bahkan, tambah beliau, kemelut yang berlaku kepada umat manusia termasuk kegagalan sistem ekonomi akhir-akhir ini adalah disebabkan manusia tidak mahu mengamalkan sistem yang sesuai dengan fitrah kehidupan mereka, dan mereka pula tidak bersedia mengakui kegagalan tersebut. Dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah syariah yang syumul mampu membimbing manusia menjalani ibadah dengan langkap dan sempurna. Syariah Islam merupakan jalan penyelesaian dalam mengatasi pelbagai isu yang merosakkan akhlak dan akidah umat Islam pada masa kini.


5.1     Menjamin keselamatan  nyawa dan anggota badan manusia


Jaminan terhadap keselamatan amat-amat dititik beratkan dalam Islam kerana Allah sendiri dalam Al Quran jelas melarang sama ada diri sendiri atau orang lain dari melakukan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan. Bagaimana  syariah menjaga keselamatan dengan melarang keras tindakan yang boleh mencederakan diri dan mengancam keselamatan generasi manusia. Bagaimana masa kini perbuatan membunuh dan melakukan kezaliman semakin berleluasa. Sekiranya kita mengambil berat tentang kepentingan maqasid syariah ini pasti kezaliman seperti yang kita ketahui antaranya pembunuhan kejam yang dilakukan ke atas mangsa-mangsa pembunuhan kejam yang membabitkan perasaan dendam, iri hati dan sebagainya dapat dielakkan.  Allah berfirman dalam surah An – Nisaa’ :29 tentang larangan memiliki sikap yang memungkinkan melakukan kezaliman ke atas keselamatan nyawa dan tubuh badan.
 Ÿwur (#þqè=çFø)s? öNä3|¡àÿRr& 4 ¨bÎ) ©!$# tb%x. öNä3Î/ $VJŠÏmu ÇËÒÈ  
“ dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”


Keselamatan dan  nyawa manusia adalah hak mutlak Allah dan di dalam Islam sendiri ketetapan dalam syariah menentukan hukuman qisas ke atas sesiapa yang melakukan kezaliman sama ada mencederakan atau membunuh seperti mana di Malaysia kini trend menyimbah asid ke anggota badan mangsa kian berleluasa. Sekiranya mereka yang ditangkap dihukum balas ( qisas ) pasti kezaliman terbabit dapat dibendung dalam masyarakat.


5.2     Menjamin kemurnian fikiran dan kewarasan akal

Akal merupakan anugerah Allah buat manusia yang paling berharga.  Kerana adanya akallah menyebabkan manusia dipilih untuk menjadi  khalifah Allah. Orang yang akalnya tidak waras dikecualikan daripada melakukan sebarang ibadah. Disebabkan itu keperluan menjaga akal agar sentiasa waras di tuntut oleh syariat agar mampu berfikir dan bertindak di atas landasan yang sewajarnya. Disebabkan itulah kenapa Islam mengharamkan arak dan juga perkara-perkara yang boleh menjejas kewarasan akal kerana akal yang dikuasai nafsu dan syaitan akan bertidak di luar tabii yang sewajarnya. Firman Allah dalam surah Al Maidah : 90 jelas menerangkan tentang keburukan meminum arak dan sebagainya.  

$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#þqãYtB#uä $yJ¯RÎ) ãôJsƒø:$# çŽÅ£øŠyJø9$#ur Ü>$|ÁRF{$#ur ãN»s9øF{$#ur Ó§ô_Í ô`ÏiB È@yJtã Ç`»sÜø¤±9$# çnqç7Ï^tGô_$$sù öNä3ª=yès9 tbqßsÎ=øÿè? ÇÒÉÈ  
“ Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

Apabila akal di luar kewarasan maka berlakulah perbuatan sumbang seperti perzinaan, pergaduhan dan mengakibatkan berkesinambungan dosa-dosa yang lain seperti mengandung anak di luar nikah dan mengakibatkan berlakunya pembuangan bayi. Disebabkan itulah syariah juga turut menjaga kehormatan dan maruah diri agar mampu  menjaga kehormatan dan harga diri.  Larangan Allah jelas dengan hukuman yang amat berat ke atas sesiapa yang merosakkan akal dengan mengambil dadah atau meminum arak dengan hukuman sebatan yang mampu menjadi pengajaran agar menjauhi larangan Allah yang terkandung pelbagai hikmah.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa sahaja yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah (berterusan). Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya. Menurut Mohd Kamal Mohd Rathi  ( 2010 ) menyatakan hanya  syariah  yang  bersifat  syumul  mampu  memastikan perkara  makruf  di laksanakan  dan  mencegah  perkara mungkar. Usaha-usaha yang dijalankan untuk melakukan kebaikan mestilah seiring dengan usaha untuk mencegah kemungkaran.  Menurutnya lagi setiap ahli  masyarakat perlu ada kesedaran dan melaksanakan tanggungjawab menyeru  kebaikan  dan mencegah kemungkaran sepertimana yang digariskan dalam Islam,  Firman Allah tentang membentuk masyarakat agar saling menegakkan kebaikan dan  mencegah kemungkaran dalam masyarakat seperti yang terkandung dalam Surah Ali - Imran : 110

öNçGZä. uŽöyz >p¨Bé& ôMy_̍÷zé& Ĩ$¨Y=Ï9 tbrâßDù's? Å$rã÷èyJø9$$Î/ šcöqyg÷Ys?ur Ç`tã ̍x6ZßJø9$# tbqãZÏB÷sè?ur «!$$Î/

“ Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”


Apabila Syariat Islam yang syumul ini dilaksanakan dan dihayati maka ia sudah pasti akan menjanjikan sesuatu yang bermakna buat sesebuah masyarakat itu. Syariah bukan sahaja memelihara agama bahkan mampu memelihara akal, keturunan dan juga harta. Pelaksanaan syariah yang menepati kehendak Islam secara tidak langsung mengukuhkan ketauhidan  kepada Allah kerana syariat dan tauhid adalah seperti isi dan kuku yang saling lengkap melengkapi. Berbahagialah mereka yang melaksanakan syariah Allah. Konsep syariah yang bersifat syumul ini adalah jawapan  untuk segala masalah dan pelbagai perselisihan yang ada dalam kehidupan kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PENDEKATAN GOLONGAN ORIENTALIS

SAAD ABI WAQAS