Alhamdulillah selamat jua majlis korban di surau tempat tinggalku diadakan. dari acara menyembelih, melapah, memotong dan memasak daging lembu kami lakukan secara gotong royong.
1.0 PENDAHULUAN Golongan Orientalis telah merencana pelbagai dakyah dan propaganda dan ia dirancang dan dikaji untuk melenyapkan dan menghancurkan Islam dan pengikutnya. Pada zaman Rasulullah s.a.w sendiri bangsa Yahudi dan kafir Quraisy melakukan pelbagai tipu daya dan helah serta muslihat untuk memecah belah kan pengaruh Islam. Justeru itu ayat yang Allah turunkan ini bersesuaian dengan misi dan visi golongan yang seringkali melakukan pelbagai perancangan untuk menjayakan hasrat mereka. “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada mu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan k...
Aisyah Nur Raisha nama yang ibu dan walid pilih untuk abadikan untukmu sebagai mengambil berkat nama isteri Rasulullah. selain itu, namamu dipilih untuk memenuhi hajat tok untuk menamakan cucunya dengan nama Aisyah. Ibu dan arwah Walid memilih nama Aisyah supaya Aisyah akan membesar menjadi anak yang kuat, berani dan cerdik serta istiqamah dalam memperjuangkan Islam. tetapi langkah kakimu tidak panjang setakat 1 tahun 5 bulan sahaja kau menemani ibu kat dunia ini. Kau pergi menyusul walidmu. Tinggalkan ibu dengan kesedihan dan kesengsaan yang tidak bertepi. rindu ibu tidak ada pengganti.
Sa'ad ibn Abi Waqqas ( Bahasa Arab : سعد بن أبي وقاص ) Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam. Beliau ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam Beliau berpangkat datuk saudara kepada ibu Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan bapa saudara kepada ibu bagaida Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah . Dilahirkan di Mekkah pada tahun 23 sebelum hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun.Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun. Setelah masuk islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari islam. Saad berkata, “perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini”...
Ulasan
Catat Ulasan