Kadang bukan lisan orang yang meluka hati Sedar lisan tidak punya tulang untuk menjaga Hati sentiasa perlu jauh dari prasangka Kerana hati milik Allah yang menjaga Tingkah mereka tidak pernah menyakiti Cuma diusia ini mudah terluka Ada janji yang belum tertunai Bukan kerana belum masanya lagi Tapi banyak tangan-tangan yang menghalang Bahasaku bukan ukuran seseorang menilai peribadi lalu membuat kesimpulan Sedar diri ini juga tidak sempurna Cuma beri masa untuk berfikir Sejauhmana perlu diri berubah Jika insan sekeliling sudah buat keputusan Menghukum tanpa peluang diberi Membela diri memberi bukti Terpalit hukuman atas kesalahan Yang belum terbukti keesahan kebenaran Insyaallah kemaafan sudah lama kuberikan Sedar mereka insan yang punya kekurangan Siapa aku untuk turut memberikan hukuman Hati yang terluka ada penawarnya Allah lebih tahu isi hati milikku Kerana hati ku milik Nya Milik pencipta yang maha agung
Hari ini 7.7.2020 baru dapat kubur puteri ke 4 ku diletakkan batu nisan. Adik...pemergianmu menjadikan ibu perindu. Kehilanganmu menyebabkan hati ibu hancur seperti debu. Belum hilang derita pemergian walidmu pada 27 mac 2019, kini ibu diuji lagi. Genap umurmu 1 tahun 5 bulan Allah pinjamln utk ibu. Ibu hanya sempat raikan sekali hari lahirmu. Adik....ibu rindu adik.
1.0 PENDAHULUAN Penulisan ini akan membincangkan tentang hubungan syariah dengan konsep tauhid dan kepentingannya dalam kehidupan manusia. Selain itu penulisan ini juga akan menyentuh tentang aspek syariah itu sendiri yang bersifat syumul dan ianya mampu menyelesaikan permasalahan sosial yang melanda di kalangan umat Islam . Seperti mana dalil menunjukkan kesyumulan Islam sebagai agama yang mampu menyelesaikan dan mengimbangi kehidupan manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Firman Allah Taala dalam surah Al Maa’idah ayat 3 : t P ö q u ø 9 $ # à M ù = y J ø . r & ö N ä 3 s 9 ö N ä 3 o Y Ï à M ô J o ÿ ø C r & u r ö N ä 3 ø n = t æ Ó É L y J ÷ è Ï R à M Å Ê u u r ã N ä 3 s 9 z N » n = ó M } $ # $ Y Y Ï 4 “ Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menja...
Ulasan
Catat Ulasan